Sunday 4 October 2015

TRIP PULAU TIOMAN

HOLA! Sebabkan harini terlampau rajin dan sebelum terlupa segala memori indah kita bersama, better sis abadikan kisah sis kat sini. HAHAHAHAHA

Okay, trip kali ni sebenarnya ditaja oleh En Mohammad Iqram bin Kamaruddin sebagai hadiah konvokesyen sis pada 27hb Oktober ni. Hahahaha amek kau hadiah konvo dapat bercuti hekhek #muahciked.

Our trip bermula pada 11hb September, dua minggu lepas sis pergi jenjalan kat Kepulauan Mersing. Kali ni naik jeti Mersing tapi ke Pulau Tioman yang sebenarnya di dalam jajahan daerah Rompin, Pahang. Jangan konfius  ye. Dia kat Rompin, Pahang tapi kena naik dari Mersing, Johor. So, awal mula pertama mula, cik abang belanja makan Seoul Garden sampai nak meletup perut. HAHAHAHAHAHA


Bosan tunggu bas


Dah naik bas!!


Perjalanan kami bermula di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), naik bas ke mersing jam 11 malam. Harga tiket bas lebih kurang RM35-38 camtu. Dari KL nak ke mersing amek masa lebih kurang 6 jam. Kami sampai di Mersing jam 5 pagi. 


Takde orang lagi. Dari stesen bas nak ke jeti walking distance je lebih kurang 10 minit. Kami terus ke jeti untuk beli tiket feri pergi balik ke Pulau Tioman. Harga tiket feri Rm35 sehala so pergi balik RM70 seorang. Jangan lupa beli tiket Taman Laut dan Conservation Fee Taman Negara Johor sebanyak RM10 seorang.

Feri bertolak jam 7 pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Tido je dalam feri tu dengan ombak membuai2 lena je weols tido hahaha.



Kat Pulau Tioman ni ada banyak tempat, lepas dah google2 tengok blog orang, kami decide nak pergi Kg. Salang. Dikatakan kampung tu pantai plg bersih and cantik, kedai2 pun ada cuma ATM je takde. Sampai lebih kurang jam 9.30 pagi, subhanallah, cantik giler. Dekat jeti pun dah penuh ikan. Kami gerak pergi cari chalet. Range harga around RM40-RM200++. Kami menginap kat Nora Chalet iaitu RM50 satu malam. So kami amek dua bilik untuk dua malam, total cost RM100 seorang. Bilik boleh tido 3 orang kalau pergi ramai boleh jimat lagi.

Terus tukar baju, kami cari pakej untuk snorkelling. Malangnya, boat untuk trip snorkelling hari tu dah jalan so kami decide amek trip snorkelling Coral Reef esoknye pada hari ahad. So, pagi tu kami sewa kayak RM20 untuk sejam dan berkayak pusing-pusing pantai.



Sarapan dulu. Muka tak mandi hahahahaha lighting gelap tambah dengan muka burn 2 minggu lepas tak hilang lagi


Pagi tu kami berkayak. Iqram mental sebab asyik bergambar hahahahaha. Actually ada terbaca yang ada hidden beach dekat-dekat sini, tapi tak boleh nak pergi sebab ombak dah start kuat tengah hari tu. Masa kayak tu ada nampak ikan pari datang dekat pantai. Then lepas kayak, bawak Iqram snorkelling dekat pantai situ sebab dia tak pernah snorkelling. Kat pantai tu pun dah cukup banyak ikan wey. Seronok layan ikan ikan situ da la jinak. 


Dah pandai!


Petang tu kami jalan-jalan je dekat tepi pantai. Malam plak makan dekat kafe situ. Harga standard, nak lagi jimat bleh bawak sendiri Maggi, bubur, 3 in 1 dll.




Petang air surut plus jerebu dah start time nie.


Esoknya, trip kami bermula pada jam 10 pagi sampai 2.30 petang. Kami amek pakej Coral Reef ada 3 check point. Seorang RM70 termasuk equipment (mask, life jacket and fin) Actually kami dah ambil hari sabtu tu masa booking so kami renang-renang hari sabtu tu free tak perlu sewa lagi dah. Coral Reef ni dekat Pulau Tulai, dan ada lagi 2 point yang dah tak ingat namanya. Serius best. Yang seronok nya kami berdua je satu boat tu so special sikit. Pakcik boat tu pun bawak kami pergi 5 checkpoint snorkelling sampai rasa nak termuntah hahahahahaha like SERIOUSLY 4,5 point dah cukup penat wey.


Boat tu kami punya hahahaha


Corals cantik-cantik




Ikan kelaparan




Photobomb



Gamat. Aku geli




Nak lompat tak jadi


Pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran..




Ni dekat pulau yang de batu-batu, port scuba diving sini. Atas tu ada burung penuh tapi tak berapa nak nampak. Kg Salang ni terkenal sebagai tempat tumpuan divers. Plan next time nak amek lesen diving plak. Iqram plak dah semangat nak beli set snorkelling sendiri nanti hahahahahaha







Sis tengah bagi makan ikan.

Petang tu balik, pengsan sebab penat sangat. Malam kitorang lepak tepi pantai.
One thing aku suka pasal pulau ni selain pantai and coral yang gila punya cantik is, penuh dengan kucing! Kat mana mana mesti ada kucing hahahahahahahaha


Esok pagi yakni Isnin, 14hb Sept, kami beransur pulang. Naik boat jam 8 pagi dan sampai lebih kurang 10 lebih. Terus beli tiket balik ke KL jam 12 dan sampai di BTS jam 6 petang. End of holiday. Till next time :)

3 days 2 night in Pulau Tioman, super duper awesome. Sekarang dah rindu nak terjun laut lagi tapi tunggu lepas konvo lah hahahahahaha









No comments:

Post a Comment