Friday 30 October 2015

OFFICIALLY GRADUATED!

Salam. Wehuuuu lama tak update.
Well, sis baru le lepas konvo 27hb Oktober yang lepas.
Alhamdulillah after 4 hard years I finally made it!

Jutaan terima kasih buat yang terutama, keluarga.
Arwah Ayah, Mak, Abang Long, Abang Ngah, Abang Cik, Kak Aisyah, Kak Aya, anak2 sedara Aiman, Afiq, Ammar, Razzique dan Mia Yasmeen yang dah banyak sangat membantu dan menyokong dari segala hal.

Buat para pendidik, bermula dari
Tadika Kemas Bagan Serai
Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Matang Buluh, Bagan Serai
Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai
PLKN Sri Mutiara
dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Terima kasih buat para pendidik atas segala ilmu yang diberikan. Semoga Allah merahmati dan balas jasa kalian.

Buat kawan-kawan, susah dan senang, terima kasih atas segala kenangan dan pengajaran.
Sesungguhnya kawan-kawan tu paling banyak mengajar aku macam mana nak survive selama 4 tahun kat universiti.

Dan yang terutama, cinta hati, Mohammad Iqram bin Kamaruddin. Terima kasih atas sokongan dan segala bantuan selama perkenalan.

Walaupun sis tak berpeluang untuk meneruskan langkah di dalam bidang ketenteraan, mungkin ada hikmahnya. But still, I am proud to be Alumni Of National Defence University of Malaysia and ex-Officer Cadet of Royal Malaysian Navy.

Apa nak buat lepas ni? In syaa Allah, mungkin Master plak. Mak sis seronok nak datang konvo lagi. Dia nak makan kacang dan keropok lagi dalam dewan time majlis bersidang walaupun tak boleh sebenarnya hahahahhahahahahaha lol my family is always rebel :P

Tanak cakap banyak, enjoy the photo gais!!

The Strategist





















Sunday 18 October 2015

Nama pun manusia kan?

Warning! Isi kandungan mungkin menyentuh, mengusik, menyengat, menoreh dan mencakar sedikit perasaan anda. Jangan terasa, jangan nak marah lepastu pegi umpat. Jangan tambah dosa tau. Kalau terasa diam diam sudah, maknanya tu kau lah. Hahahaha

Lesson learned.

Manusia ni senang je.

Time kau susah kau akan kenal siapa sebenarnya kawan kau.
1001 kebaikan kau orang belum tentu ingat, tapi sekali kau silap sampai mati orang hukum.
Dia tak nampak jahat dia kat orang, dia nampak jahat orang dari sekecik zarah sampai sebesar matahari sana.
Dia takkan ingat jahat dia dekat kau, tapi dia ingat apa jahat kau kat dia.

Tapi,
Redha. 
Allah nak uji, Allah nak bagi pahala free tu.
Kau senyum je. Lek je.
Orang macam ni tak lama bai.
Allah tu adil jangan lupa.
Mungkin jugak ni Allah bagi sebagai peringatan,
Sebab kau banyak dosa dengan Dia.
Sebab kau jauh dari Dia.
Kau jarang mengadu dekat Dia.
Dia nak dengar kau bercerita dekat dia bai,
Walaupun Dia dah tau cerita kau. Tapi dia rindu nak dengar suara kau cerita dekat Dia.
Cuma kau dan Dia.

Chill ah bro.
Hidup ni takkan nak manis je.
Kasi pahit masam masin sikit.
Manis manis sangat boleh diabetes bai.
Lumrah kehidupan, lumrah manusia.
Ada benda yang jauh lagi baik menanti kau kalau kau sabar.

Allah dah janji.
Dunia ni tak kemana kawan, nanti akhirat tu baru kita kira sama-sama.

Mak aku pun cakap, sabar je.
Orang buat jahat? Sabar.
Orang umpat mengata? Sabar.
Sedekah, duit jangan berkira.
Mak aku lagi power, siap boleh sedekah kat Datin Datuk yang kedekut nak kuar duit relax je boleh senyum dekat aku sambil cakap,
Duit boleh cari, tapi keluarga lagi penting.

Betul mak. Hari ni adik belajar.
Duit boleh cari, kawan tu susah mak.

Tapi sebab duit kau boleh hilang keluarga,
Sebab duit jugak kau boleh hilang kawan.
Power kan nafsu dunia? Kuat betul syaitan ni menggoda.
Nauzubillahiminzalik
Jangan lupa, Allah lagi kuat dari segalanya.

Redha je.
Ikhlas je.
Diorang nak jadi apa itu diorang punya pasal.
Kau? Jadi la orang baik-baik.
Biar orang jaja buruk kau kat mata telinga manusia.
Tapi, yang kat atas sana
Dia tau hati kau.
Dia tau baiknya kau macam mana.
Bukan di mata manusia yang kira syurga atau neraka, tapi nun sana,
Di mata Pencipta Agung Maha Kuasa.

Kita manusia, tak lepas buat dosa.
Standard manusia la kan.
Tapi, daripada itu kau belajar kau nak jadi manusia jenis apa.

Arra.
Oktober 19,2015

P/s: Kepada semua yang aku ada salah silap, mohon ampun dan maaf atas segala dosa, halalkan terlebih dan terkurang. Nak minta kat sorang-sorang takut tak tersampai. Semoga Allah jaga hati kalian semua. 

Friday 16 October 2015

Resipi Puding Karamel Paling Senang Nak Mampus.

Yuhuuu Assalamualaikum yu als!

Lama tak update, sis berseronok kat kampung hiks. Hari ni sis nak share dengan semua sis first time buat Puding Karamel dan ianya menjadi yeayyy! Sangat mudah dan sedap k. Senang sangat semua boleh buat. Sis jenis masak main campak je tapi untuk guide yu als sis bagi la resipi elok elok kay hahahaha

Okay, bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Untuk karamel:
Gula pasir - 5,6 sudu dah cukup nak lebih sukati
Air - 2,3 sudu secukupnya

Untuk puding:
5 biji telur
6 sudu besar gula
500ml susu segar Dutch Lady atau perah segar dari kambing jiran sebelah rumah
(boleh ganti dengan 1 tin susu cair tambah air sedikit, atau guna 1/2 tin susu pekat manis yang dipanaskan dengan air supaya sedikit cair. Untuk resipi sis, sis guna susu segar lagi sedap)
1 sudu esen vanilla

Sikit je bahan-bahan die. Okay, cara-caranya pulak:

Mula-mula kakak abang panaskan periuk/kuali, masukkan gula dan kacau sehingga gula cair lepas tu masukkan air dan kacau sebati. Kacau selalu jangan bagi hangit kay. Dah agak-agak warna perang tu tutup api. Masukkan gula karamel tadi ke dalam bekas acuan dan ketepikan.

Lepas tu, masukkan semua sekali bahan untuk puding ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati. Boleh guna mixer ke blender ke tapi sis guna tangan je lagi senang. Puding ni jangan kacau die lama sangat nanti berbuih. Cukup kalau tengok dah sebati. Lepas tu kakak abang celup ibu jari dan rasa manis tak? Kalau tak manis, abang kakak senyum sikit, mesti manis. Hiks.

Dah puas hati, boleh la masukkan ramuan puding tadi ke dalam acuan yang awal awal tadi kakak abang dah masukkan karamel. Okay, paling penting kat sini, korang kena tapis dulu hat puding tu. Ini untuk mengelakkan dia berlubang dan dapatkan tekstur yang lembut gebu macam awan nano. Tapi tetap akan berlubang sikit-sikit tau.

Lepas tu, boleh la kukus dia lebih kurang 20,30 minit atau agak-agak sampai kapan lagi, ku harus bertahan, rasa kecewa di dalam dada. Amboi nyanyi.
Takde la, agak2 dah keras tu ok la. Korang boleh jugak bakar dia dalam oven guna kaedah "Bain Marie". Masukkan acuan dalam bekas berisi air dan masukkan dalam oven dengan suhu 200 celcius selama 30-45minit.

Ha, dah siap! Senang je. Lepas tu masukkan dalam peti ais bagi sejuk. Dah sejuk nak makan? Terlangkupkan acuan tu ke atas pinggan cepat cepat dan tadaaaaaa




Wahahahahahaha dah makan baru teringat nak tangkap gambar 
Sedap sangat. Kalau nak lagi gorgeous boleh letak potongan buah atas tu. Makan sejuk sedap. Okay selamat mencuba!






Thursday 8 October 2015

Rindu?

Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku.
Apa yang sebenarnya aku nak?
Apa yang aku harapkan?
Ada masa aku rasa runsing, rasa macam teruk sangat diri ni.
Teringat satu persatu salah silap dan dosa aku.
Aku mula muhasabah diri.
Sejauh mana aku dah pergi sampai hari ni.
Sedih.
Rasa down sangat.
Berjuta perkara aku nak cerita, tapi mulut terkunci.
Segalanya berpusar berbicara sendiri dalam hati.
Meraung, menangis jauh dalam dasar hati.
Aku teringat setiap satu saat saat yang mengecewakan, menghancurkan segala pengharapan.
Aku merindu pada yang pergi tanpa belas kasihan.
Aku cuma ingat segala kekejaman, buat aku simpan satu persatu dendam terpaku dalam diri.

Aku selalu terfikir, kenapa selalu macam ni? Kenapa langsung tak terungkap?

Mungkin, Allah sengaja nak dengar luahan hati aku. Allah saja nak aku mengadu menangis menadah tangan dan berharap pada Dia.
Allah sengaja uji, Allah gusarkan hati.
Sengaja dia buat begitu.
Sebab Allah rindu aku.
Tapi, kenapa aku hanyut merindu segala ciptaan Dia, sedangkan Dia Maha Pencipta merindui aku lebih dari segalanya?
Sedangkan aku alpa.
Aku hamba berdosa, hanyut dengan dunia.

Kalau aku jadi Dia, aku dah kecewa. Rindu aku tak bersahut.
Tapi, Dia tak pernah tinggal aku walau aku selalu tinggal Dia.
Dia tak pernah lupa aku, walaupun aku selalu lupa Dia.
Dia bagi apa aku nak, tapi aku selalu abai apa Dia nak.
Sebab Dia sayang aku. Sayang Dia lebih dari sayangnya seisi dunia pada aku.

Balik la arra, Dia rindu.

Sunday 4 October 2015

TRIP PULAU TIOMAN

HOLA! Sebabkan harini terlampau rajin dan sebelum terlupa segala memori indah kita bersama, better sis abadikan kisah sis kat sini. HAHAHAHAHA

Okay, trip kali ni sebenarnya ditaja oleh En Mohammad Iqram bin Kamaruddin sebagai hadiah konvokesyen sis pada 27hb Oktober ni. Hahahaha amek kau hadiah konvo dapat bercuti hekhek #muahciked.

Our trip bermula pada 11hb September, dua minggu lepas sis pergi jenjalan kat Kepulauan Mersing. Kali ni naik jeti Mersing tapi ke Pulau Tioman yang sebenarnya di dalam jajahan daerah Rompin, Pahang. Jangan konfius  ye. Dia kat Rompin, Pahang tapi kena naik dari Mersing, Johor. So, awal mula pertama mula, cik abang belanja makan Seoul Garden sampai nak meletup perut. HAHAHAHAHAHA


Bosan tunggu bas


Dah naik bas!!


Perjalanan kami bermula di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), naik bas ke mersing jam 11 malam. Harga tiket bas lebih kurang RM35-38 camtu. Dari KL nak ke mersing amek masa lebih kurang 6 jam. Kami sampai di Mersing jam 5 pagi. 


Takde orang lagi. Dari stesen bas nak ke jeti walking distance je lebih kurang 10 minit. Kami terus ke jeti untuk beli tiket feri pergi balik ke Pulau Tioman. Harga tiket feri Rm35 sehala so pergi balik RM70 seorang. Jangan lupa beli tiket Taman Laut dan Conservation Fee Taman Negara Johor sebanyak RM10 seorang.

Feri bertolak jam 7 pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Tido je dalam feri tu dengan ombak membuai2 lena je weols tido hahaha.



Kat Pulau Tioman ni ada banyak tempat, lepas dah google2 tengok blog orang, kami decide nak pergi Kg. Salang. Dikatakan kampung tu pantai plg bersih and cantik, kedai2 pun ada cuma ATM je takde. Sampai lebih kurang jam 9.30 pagi, subhanallah, cantik giler. Dekat jeti pun dah penuh ikan. Kami gerak pergi cari chalet. Range harga around RM40-RM200++. Kami menginap kat Nora Chalet iaitu RM50 satu malam. So kami amek dua bilik untuk dua malam, total cost RM100 seorang. Bilik boleh tido 3 orang kalau pergi ramai boleh jimat lagi.

Terus tukar baju, kami cari pakej untuk snorkelling. Malangnya, boat untuk trip snorkelling hari tu dah jalan so kami decide amek trip snorkelling Coral Reef esoknye pada hari ahad. So, pagi tu kami sewa kayak RM20 untuk sejam dan berkayak pusing-pusing pantai.



Sarapan dulu. Muka tak mandi hahahahaha lighting gelap tambah dengan muka burn 2 minggu lepas tak hilang lagi


Pagi tu kami berkayak. Iqram mental sebab asyik bergambar hahahahaha. Actually ada terbaca yang ada hidden beach dekat-dekat sini, tapi tak boleh nak pergi sebab ombak dah start kuat tengah hari tu. Masa kayak tu ada nampak ikan pari datang dekat pantai. Then lepas kayak, bawak Iqram snorkelling dekat pantai situ sebab dia tak pernah snorkelling. Kat pantai tu pun dah cukup banyak ikan wey. Seronok layan ikan ikan situ da la jinak. 


Dah pandai!


Petang tu kami jalan-jalan je dekat tepi pantai. Malam plak makan dekat kafe situ. Harga standard, nak lagi jimat bleh bawak sendiri Maggi, bubur, 3 in 1 dll.




Petang air surut plus jerebu dah start time nie.


Esoknya, trip kami bermula pada jam 10 pagi sampai 2.30 petang. Kami amek pakej Coral Reef ada 3 check point. Seorang RM70 termasuk equipment (mask, life jacket and fin) Actually kami dah ambil hari sabtu tu masa booking so kami renang-renang hari sabtu tu free tak perlu sewa lagi dah. Coral Reef ni dekat Pulau Tulai, dan ada lagi 2 point yang dah tak ingat namanya. Serius best. Yang seronok nya kami berdua je satu boat tu so special sikit. Pakcik boat tu pun bawak kami pergi 5 checkpoint snorkelling sampai rasa nak termuntah hahahahahaha like SERIOUSLY 4,5 point dah cukup penat wey.


Boat tu kami punya hahahaha


Corals cantik-cantik




Ikan kelaparan




Photobomb



Gamat. Aku geli




Nak lompat tak jadi


Pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran..




Ni dekat pulau yang de batu-batu, port scuba diving sini. Atas tu ada burung penuh tapi tak berapa nak nampak. Kg Salang ni terkenal sebagai tempat tumpuan divers. Plan next time nak amek lesen diving plak. Iqram plak dah semangat nak beli set snorkelling sendiri nanti hahahahahaha







Sis tengah bagi makan ikan.

Petang tu balik, pengsan sebab penat sangat. Malam kitorang lepak tepi pantai.
One thing aku suka pasal pulau ni selain pantai and coral yang gila punya cantik is, penuh dengan kucing! Kat mana mana mesti ada kucing hahahahahahahaha


Esok pagi yakni Isnin, 14hb Sept, kami beransur pulang. Naik boat jam 8 pagi dan sampai lebih kurang 10 lebih. Terus beli tiket balik ke KL jam 12 dan sampai di BTS jam 6 petang. End of holiday. Till next time :)

3 days 2 night in Pulau Tioman, super duper awesome. Sekarang dah rindu nak terjun laut lagi tapi tunggu lepas konvo lah hahahahahaha









MELAKA to MERSING part 2

Hye uols.
So, bersambung daripada part 1. Seharian berjalan di Melaka, aku amek bas dari Melaka jam 6.30 petang ke JB.
Actually ada tiket bas daripada Melaka Central ke Mersing tapi aku nak sampai sana selewat yang boleh, so aku naik bas dari Melaka jam 6.30petang and bas seterusnya JB ke Mersing jam 11.30 malam.

But, aku sampai awal gilaaaaaa di Mersing. Kul 1.30 pagi. Actually, trip kali ni aku bersama 5 orang junior. actually nak pergi berdua ja but then ada kosong so budak2 ni ajak geng2 dia. but, yang mengecewakan aku is attitude diorang. Malas nak cakap banyak. Lesson learned.

So, back to my story. Terkulat-kulat gak aku sampai sana kul 1.30 pagi. Tapi, alhamdulillah Allah bantu. Ada sorang kakak ni tumpangkan and hantar ke aku kat kedai mamak. So, aku lepak kat kedai mamak tu sampai pukul 6 pagi. Lepas tu, ada sorang pakcik plak tolong hantarkan ke jeti. SYukur Allah bantu :)

Trip start pukul 9 pagi, aku amek pakej dengan Mersing Island Hopping and Tours (boleh tengok kat fb). Kitorang pergi island hopping ke Pulau Mensirip, Pulau Harimau and Taman Laut. Pastu diorang bawak pusing-pusing ke sekitar kawasan tengok Pulau Rawa yang maha cantik,  Pulau Gual, Pulau Besar. Pakej RM160 termasuk makan, equipment dll. Not bad la.

Best. Tempat cantik. Tapi baru-baru ni dengar khabar yang Pulau Mensirip and Pulau Harimau dah takleh pergi atas titah Sultan Johor yang murka dengan sikap individu yang tak bertanggungjawab tak jaga pulau-pulau nie. FYI, pulau-pulau private nie sume milik keluarga Sultan Johor.

So, sis belanja gambar-gambar kat sana. Hope ni bukan first and last la pergi sana eh.


OUR BOAT. PERGI 2 BOAT YANG BOLEH MUATKAN 12PAX PER BOAT.


PULAU GUAL



SNORKELLING KAT TAMAN LAUT. DARI ATAS BOLEH NAMPAK CORALS.



VIEW DARI PUNCAK PULAU HARIMAU


SUNSET MASA OTW BALIK


SUNBURN


JETI PULAU RAWA. SERIUS CANTIK PULAU NIE


PULAU HARIMAU :)


KAT  PULAU HARIMAU NIE ADA GUA YANG BOLEH BERENANG MASUK AND JUMP CLIFF. BEST!


DALAM GUA PULAU HARIMAU


SUNBURN


SNORKELLING DEKAT MENSIRIP


VIEW DARI PULAU MENSIRIP. DEPAN TU PULAU HARIMAU

Overall memang puas hati la jenjalan. Hope dapat pergi lagi :)