Tuesday 3 November 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

"Mak, buku ASB adik bawak tak?"
Mak yang baru je nak klipkan tali helmet tersenyum, terus dia buka helmet dan berjalan menuju ke dalam rumah untuk ambil buku ASB yang tertinggal.

"Assalamualaikum........" sayu dan mendayu salam yang diberi.
Aina yang sedang leka bermain telefon bimbit mengalihkan pandangan ke arah pemberi salam tadi.
Kelihatan seorang makcik berkulit gelap. Membawa dua beg besar yang dibimbit di kiri dan kanan.
Macam penjual je ni, terdetik dalam hati Aina.

"Beli dik, buku agama.." makcik tadi mula keluarkan buku-buku yang berada dalam begnye.
"Takpe la cik, terima kasih.." Aina menolak dengan lembut.
"Taknak ye...." makcik tadi menyimpan buku yang dia keluarkan.
"Dik, sedekah sikit dik..."makcik tadi menunduk seolah-olah merayu sedikit belas ihsan.
Aina tersenyum. Rasa kasihan memenuhi ruang hatinya.
Dia pun mencari duit ringgit dalam dompet. Tiada sehelai pun duit seringgit. Yang ada cuma duit RM5 yang dikumpulnya dan selebihnya duit RM50.
Aina senyum memandang wang tadi dan dengan redha,
"Nah." Aina menghulur sekeping duit nota RM5 yang dikumpul sambil tersenyum.

Makcik tadi menyambut huluran tangan Aina sambil mencium dan mengucapkan syukur.
Aina tersenyum, hatinya tersentuh melihat kegembiran makcik tadi walau hanya RM5.
Aina pun berjalan masuk ke dalam rumah, namun dihalang oleh makcik tadi.
"Adik, ni ada hadiah."

Makcik tadi memberi sekeping kertas keras bercetak ayat Al-Quran. Aina cuma tersenyum dan memandang makcik tadi berlalu ke jalan besar.

--------------------------

"Cik nak simpan berapa ye? RM3500 sahaja ya?" pekerja di bank bertanya sambil mengira wang di tangan.
Aina mengangguk, mata nya sempat memandang ke arah baki di dalam akaun simpanan ASB yang sudah lama tidak berusik. Baki yang ada sejak tahun lepas cuma RM20.

"Ok cik dah siap."
"Terima kasih kak." Aina membalas dan berjalan ke arah Mak.
Sambil tangannya membuka untuk melihat baki di dalam akaun selepas menyimpan wang tadi.

Baki semasa: RM4870.50

Aina terkejut.
"Mak, tengok ni. Baki lama ada RM20 je. Tadi masuk RM3500. Kenapa ada lebih?"
"Dividen yang lepas kot." Mak membalas sambil melihat sama buku akaun tu.
Takkan lah dividen untuk RM20 tu masuk sampai seribu?

Tiba-tiba, bayangan makcik tadi terlintas di fikiran. Cuma sekeping RM5 yang dikumpul disedekahkan, berganda yang dapat. Hm, Alhamdulillah. Allah bayar cash kat dunia. Malas nak tanya banyak. Hihi. 😊

Arra.
Nov 4, 2015.

No comments:

Post a Comment